eTunai Rakyat 2020: Cara Daftar & Tebus RM30 Kredit eWallet Anda




Pihak kerajaan telah membuat pembentangan Belanjawan 2020 berkenaan peruntukan Rm450 juta bagi insentif eTunai Rakyat. Insentif tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Untuk makluman, hanya terdapat tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n GoBoost dan Grabpay.
Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM30 itu dan pastikan anda memenuhi syarat. Syarat permohonan eTunai Rakyat Rm30:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020
  • Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun.
(Hanya gunakan salah satu aplikasi sahaja untuk tebus RM30 eWallet anda. Bukan ketiga-tiga aplikasi.)


1. Aplikasi Touch’nGo eWallet


  1. Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay.
  2. Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet.
  3. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.
  4. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.

2. Aplikasi eWallet Boost


  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.

3. Aplikasi eWallet GrabPay


  1. Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  2. Grabpay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  7. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
  8. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.
  9. Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.
Pastikan anda menyemak kelulusan Bantuan Sara Hidup anda. Fasa pembayaran pertama akan dilakukan pada Januari ini.

Sumber: Maukerja.My

Post a Comment

0 Comments