INFO TERUS KE EMAIL ANDA

SAHKAN EMAIL ANDA SELEPAS DAFTAR hariharikerja.com

e-Kasih : Cara Membuat Permohonan eKasih Secara Online, Syarat Kelayakan & Semakan Status Permohonan

Bank Data Kemiskinan Nasional​​ eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

 

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

 


Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.


Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:

​Ciri-ciri utama eKasih:
1. Semakan status kemiskinan secara online
2. Penyelarasan maklumat bantuan
3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan


Cara Mendaftar e-Kasih 

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

  1. Telefon
  2. Surat
  3. E-mel rasmi
  4. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) 

Berikut senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran, sekiranya tidak dapat dihubungi anda boleh menghantar surat ataupun e-mel cara yang lebih muda.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800


Semakan Status eKasih 2021

Semakan status Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx


Maklumat lanjut

Post a Comment

0 Comments