ShopeePay Menawarkan Baucer Sebanyak Rm500

 


Belia yang mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150 bagi ePemula di ShopeePay akan mendapat baucar tambahan bernilai RM500, menjadikan jumlah manfaat yang bakal diperolehi sebanyak RM650.


Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee, berkata baucar Shopee tambahan RM500 akan terdiri daripada baucar ShopeePay RM90, baucar ShopeeFood (RM310), baucar Shopee Mall (RM50) dan Baucar YES untuk SIM dan data sebanyak RM50.


Beliau berkata, pakej ini disusun khas untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia untuk pembelian barangan seperti alat pembelajaran atau bekalan rumah dan keperluan penting yang lain.

Kredit RM150 pula, katanya, dapat digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai rakan kongsi peniaga, manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi di kedai dan dalam talian.

CARA DAFTAR 
e-Pemula : Cara Tebus RM150 buat rakyat Malaysia

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekali lagi selepas mendapat sambutan yang sangat positif daripada belia Malaysia tahun lalu.


"Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.



Kementerian Kewangan semalam mengumumkan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150, bermula hari ini.


Selain ShopeePay, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai dengan tiga lagi penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.


Mengulas lanjut, Yee berkata, ePemula akan memberi peluang untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menerima penggunaan tanpa tunai.


Beliau berkata, dengan menggunakan ShopeePay, mereka dapat merasai kemudahan dan keselamatan serta ganjaran yang ditawarkan oleh dompet mudah alihnya.


"Kami juga percaya bahawa program ini akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan lonjakan jualan untuk peniaga tempatan.


"Apabila lebih ramai pengguna Malaysia memasuki ekosistem tanpa tunai, perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan peniaga mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian daripada operasi, sekali gus memastikan mereka tidak ketinggalan.


"Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara," katanya.


Belia yang melaksanakan tuntutan ePemula di ShopeePay juga boleh mengambil bahagian dalam Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000.


Post a Comment

0 Comments