Permohonan Bantuan SKK RM1,000 Bagi Penerima BKM



Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pakej bantuan kewangan sebelum ini. Ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan, dan ada pakej bantuan yang telah lama ada, tetapi masih berterusan sehingga kini.

Salah satu skim bantuan kerajaan yang masih diteruskan ialah RM1,000 atau dikenali sebagai Skim Khairat Kematian yang mungkin ramai terlepas pandang.

Berikut adalah butiran mengenai SKK RM1,000 yang anda perlu tahu jika anda layak


Kadar Bantuan

  1. Jumlah Tuntutan – RM1,000 untuk setiap individu yang layak.
  2. Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) – Mulai 15 April 2022.

Syarat kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM/ BPR 2022 bagi kategori:

  1. Perkahwinan; atau
  2. Ibu Tunggal atau Bapa / Balu / Duda / Duda dengan anak; atau
  3. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  4. Tempoh kematian: 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
  5. SKK ini layak dituntut oleh wakil berdaftar sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan taraf Perkahwinan dan pasangan warganegara Malaysia) meninggal dunia.
  6. Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak mendapat SKK

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang anda perlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan :

  1. Sijil Kematian Asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  2. Kad Pengenalan Asal wakil; dan
  3. Dokumen yang membuktikan hubungan antara penerima (individu yang layak SKK) dan wakil.

Cara Buat Tuntutan

Kaedah Tuntutan Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Maklumat lanjut boleh layari SINI


Post a Comment

0 Comments