Permohonan Peranti Tablet Percuma Fasa 2

Apa itu Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ialah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk menyediakan peranti "tablet" kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).


Bagi tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan RM450 juta sebagai tambahan kepada komitmen syarikat telekomunikasi itu, yang turut menyediakan kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Siapa yang layak ?

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam kumpulan keluarga B40 layak memohon program ini.


Inisiatif itu juga akan melibatkan semua pelajar dalam kumpulan keluarga B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 


Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.


Jenis Peranti Yang Dibekalkan

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  1. Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  2. Android OS 10 dan ke atas
  3. 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  4. Minimum RAM 4GB
  5. Minimum storan 64GB
  6. Slot SD Micro sehingga 256GB
  7. Kamera hadapan minimum 2MP
  8. Kamera belakang minimum 5MP
  9. Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  10. Bluetooth 4.1 dan ke atas
  11. WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  12. Bateri minimum 4500 mAh
  13. Pengecas USB disertakan
  14. Papan kekunci bluetooth disertakan
  15. Pen stylus disertakan.

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.


Terkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.


Sumber : ecentral, perantisiswa.kkm.gov


Post a Comment

0 Comments