Arab Saudi Temui Tapak Baharu Emas & Tembaga Di Madinah, Dianggar Bernilai RM2.4 Bilion
Tapak galian emas dan bijih tembaga baharu dilaporkan ditemui pada Khamis lalu oleh Arab Saudi. Menurut Pemantauan Geologi Arab Saudi, penemuan bijih emas tersebut berada dalam sempadan Aba al-Raha, di wilayah Madinah.
Dalam pada masa yang sama, bijih tembaga turut ditemui di empat tapak di kawasan al-Madiq, yang juga di wilayah Madinah. Menurut laporan, penemuan baharu ini dijangka akan menarik pelabur tempatan dan antarabangsa, serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Sumber melaporkan, penemuan ini dijangkakan mempunyai saiz pelaburan sebanyak AS$533 juta (kira-kira 2.4 bilion) dan mampu menjana sekitar 4,000 peluang pekerjaan.Sektor perlombongan adalah satu daripada sektor yang dikenal pasti untuk pengembangan ekonomi sebagai sebahagian daripada matlamat Wawasan 2030. Untuk rekod, Wawasan 2030 diilhamkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman.
Pada Mei lalu, Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi telah mengeluarkan rancangan untuk menarik AS$32 bilion (kira-kira RM145 bilion) pelaburan ke dalam sektor perlombongan negara itu.
Kredit: Harian Metro
Post a Comment
0 Comments