[ RASMI ] BKM Fasa 3 Mula Dikreditkan Pada 20 September Secara Berperingkat

Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

Ia terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta individu yang telah lulus rayuan BKM.

"Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900.

"Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan pada Jun yang lepas.

"Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Perdana Menteri, semakan status pembayaran untuk Fasa 3 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Sementara bagi Fasa 4 pula, Ismail Sabri menambah bayaran berjumlah RM2.1 bilion dijangka disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

"Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023," tambah Perdana Menteri.


Kadar BKM Fasa 3 & Jadual Pembayaran BKM Fasa 3

Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, penerima BKM berkemungkinan besar akan menerima pembayaran BKM Fasa 3 pada 5-8 September 2022. Bersamaan dengan hari Isnin hingga Khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.







Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah


Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  1. Bilangan anak 0: RM200
  2. Bilangan anak 1-2: RM300
  3. Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

  1. Bilangan anak 0: RM100
  2. Bilangan anak 1-2: RM100
  3. Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  1. Bilangan anak 0: RM500
  2. Bilangan anak 1-2: RM600
  3. Bilangan anak 3 ke atas: RM700

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

  1. Bilangan anak 0: RM400
  2. Bilangan anak 1-2: RM400
  3. Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon


Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  1. Bilangan anak 1-2: RM800
  2. Bilangan anak 3 ke atas: RM900

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

  1. Bilangan anak 1-2: RM600
  2. Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  1. Jumlah BKM Fasa 3: RM150


Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500

  1. Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Tarikh Pembayaran

Mengenai pembayaran BKM fasa ketiga, ia akan dilaksanakan pada September 2022. Bagaimanapun, tarikh pembayaran rasmi tertentu belum dimaklumkan oleh kerajaan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lengkap BKM dan semakan kelulusan jumlah permohonan boleh rujuk portal rasmi BKM, ikuti group kami untuk tahu info semasa - https://t.me/semakaninfo


Post a Comment

0 Comments