Suami menembak isteri selepas bertengkar agihan jual tanah



JERANTUT: Pasangan suami-isteri ditemui mati akibat tembakan, selepas bertengkar dipercayai berkaitan agihan wang hasil jualan tanah.


Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini, di Kampung Machang Raja Labu, Tembeling Tengah.


Katanya, polis menerima maklumat kejadian bunuh dan bunuh diri.


Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut.


"Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das tembakan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak.


"Jiran membawa wanita itu ke Hospital Jerantut dan mangsa meninggal di Hospital Jerantut," katanya.


Katanya, suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, penyewa inap desa milik pasangan berkenaan, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52, berkata beliau letupan dan beberapa minit kemudian terdengar satu lagi letupan.


"Saya pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.


"Saya melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong dan saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital," katanya.


Post a Comment

0 Comments