Pengeluaran Sebahagian Duit KWSP Dibenarkan, Ikuti Langkah-Langkah ini !


Tahukah anda bahawa anda boleh membuat banyak jenis pengeluaran asalkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Malah, anda boleh mengeluarkan KWSP daripada Akaun 2 untuk tujuan peribadi anda dan juga untuk tujuan membina atau mengubah suai rumah anda, untuk tujuan peribadi, pendidikan dan lain-lain.




Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022


1) Pembayaran Ibadah Haji


Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji


2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan


3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah


4) Pengeluaran Untuk Pendidikan


Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.


KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.


Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan


Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi KWSP


Sumber :ikerajaan,kwsp


Post a Comment

0 Comments