Pertama Kali Cuba Makan Sushi Salmon, Reaksi Loya Tidak Dapat Telan Makanan Jepun !


Sushi merupakan makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini hidangan ini turut digemari dan terkenal di seluruh dunia.

Sudah tentu ramai diantara kita yang merupakan penggemar sushi, sehinggakan ada yang sanggup datang setiap minggu semata-mata kerana ‘craving’ sushi.


Namun pun begitu, tidak dinafikan bahawa ada juga segelintir yang tidak suka makan sushi oleh kerana rasanya yang mentah. Bak kata orang dulu-dulu ‘tak kena dengan tekak’.



Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi seorang lelaki ketika makan sushi salmon nyata membuat ramai berdekah.

Manakan tidak, dia yang mempunyai selera kampung telahpun dicabar oleh rakan-rakannya untuk mencuba sushi salmon di Sushi King tanpa membuat reaksi muka.

Dek kerana pantang dicabar, lelaki ini telah mengambil satu sushi lalu memakannya dan  apabila dia cuba untuk menelan, dia tidak dapat menahan dirinya untuk membuat muka loya.



Dia yang kelihatan seperti ingin muntah mungkin kerana tekstur sushi tersebut dan dia akhirnya gagal dalam cabaran itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah mereka apatah lagi dengan reaksi muka lelaki itu ketika makan sushi.


Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama ketika pertama kali merasai sushi.


Antara komen warga maya:


“Hahaha tekak kampung hadir”



“Laki aku macam ni ar.. jangan harap la nak ajak dia masuk makan.. tak pasal je dia minta nasi goreng cili api”



“Aku pernah bagi member wasabi separuh sudu suruh dia makan, auto pergi tandas.. member pula first time gi sushi”



Dia punya confident terus masuk seketul haa dalam mulut”



“Saya first time try makan tak tahu kenapa air mata turut auto keluar..”



Post a Comment

0 Comments