COVID-19 : Wuhan Lockdown Semula, Hampir 1 Juta Penduduk Tidak Dibenarkan Keluar

  Wuhan ‘lockdown’ semula, 800,000 penduduk tidak dibenarkan keluar rumah


China dilapor mengetatkan semula sekatan dan perintah berkurung Covid-19 di Wuhan hingga Xining, menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk pernigaan terpaksa dihentikan, lapor The  Guardian. Negara itu merekodkan lebih 1,000 kes buat tiga hari berturut-turut Khamis lalu


Di Wuhan, kawasan dimana wabak itu muncul, melaporkan kira-kira 20 hingga 25 jangkitan baharu setiap hari pada minggu ini. Setakat hari ini, bandar itu telah mencatatkan 240 kes dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan lebih 800,000 orang di daerah tersebut untuk berkurung di kediaman masing-masing sehingga 30 Oktober ini.

Penjualan daging babi di beberapa pasar di bandar itu juga diarah dihentikan buat sementara waktu, selepas pihak berkuasa mendapati ada satu kes dikaitkan dengan rantaian pembekalan daging itu.


Guangzhou, bandar keempat terbesar di China juga telah menutup lebih banyak jalan dan kawasan kejiranan mereka pada Khamis lalu. Langkah itu bagi memastikan orang ramai tetap berada di kawasan rumah mereka kerana kawasan baharu dianggap berisiko tinggi dalam peningkatan penyebaran wabak tersebut.

Di Xining, ibu kota wilayah Qinghai, satu hantaran media sosial telah melaporkan tentang kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga bagi barangan keperluan. Pihak berkuasa kesihatan di bandar yang mempunyai seramai 2.5 juta penduduk itu sedang mencari jalan untuk membendung penyebaran Covid selepas cuti Hari Kebangsaan selama seminggu pada awal Oktober lalu.


“Untuk mengurangkan risiko penularan, beberapa kedai sayur-sayuran dan buah-buahan telah ditutup,” kata seorang pegawai kerajaan Xining pada hari Rabu.

Kes penularan koronavirus di China kekal rendah mengikut piawaian global, tetapi langkah pembendungan yang sangat ketat pemerintah terhadap varian Omicron, yang didapati sangat mudah tular, telah memberi beban kepada ekonomi kedua terbesar dunia itu dan pasaran kewangan global.

China telah berulang kali bertegas untuk berpegang kepada polisi sifar toleransi terhadap penyebaran Covid-19 dan akan melaksanakan pelbagai pendekatan yang dianggap mampu membendung wabak tersebut.


Post a Comment

0 Comments