Semua murid dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa


Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 akan diperluaskan kepada semua murid, tahun depan, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa mereka.

Bantuan itu akan disalurkan mulai Januari tahun depan dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM825 juta, jauh melebihi RM450 juta yang diperuntukkan tahun ini.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini, memberi contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.

"Insya-Allah, bantuan ini akan disalurkan pada Januari 2023 dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah," katanya.

Beliau berkata, pemberian BAP selama ini meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah, untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Malah, kadar BAP dinaikkan kepada RM150 mulai tahun ini berbanding RM100 sebelum itu.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar dalam Bajet 2023 membabitkan sebanyak RM55.6 bilion, meningkat berbanding RM52.6 bilion tahun ini


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan sejak 2012 bagi mengurangkan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung ibu bapa terutama pada musim awal persekolahan.

Bantuan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak.


BAJET BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023

Peruntukan BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN melibatkan RM825 juta, jauh melebihi RM450 juta tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kini, untuk BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023, bantuan diberikan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Oleh itu, semua pelajar layak mendapat bantuan sekiranya perlu

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia
  2. Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama awam dan sekolah swasta

KAEDAH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pembayaran akan dibuat melalui dua cara iaitu

1. Wang tunai
  1. Pastikan ibu bapa hadir untuk menerima bantuan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah
2. Surat kredit
  1. Bantuan dikreditkan kepada pelajar/ibu bapa yang mempunyai akaun bank.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah akan membayar secara tunai.



Post a Comment

0 Comments