BAP RM150 Mula dikreditkan 12 Januari Semak Segera


Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa bermula Januari 2023.


Menurut Anwar, ia merupakan usaha kerajaan bagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik Covid-19.


“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU), Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran

Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


Jadi, untuk makluman ibu bapa, BAP akan diberikan kepada murid-murid yang menepati beberapa kriteria iaitu murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024 dan warganegara Malaysia.

Baca Juga :

  1. Semua murid dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Selain itu, murid-murid yang layak menerima bantuan ini perlulah bersekolah di sekolah kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), sekolah agama, sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), sekolah integriti atau Sekolah Henry Gurney.


BAP akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan

ke dalam akaun tanpa memerlukan murid mengisi apa-apa jenis dokumen.


Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah akan membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima.


Bagi murid-murid yang baru mendaftar ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023, mereka turut layak menerima BAP sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan.


Post a Comment

0 Comments