Yayasan Bank Rakyat Bantuan RM1000 YBR

   

Bantuan Yayasan Bank Rakyat pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah
Banyak dan pelbagai bantuan sokongan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan atau syarikat pada masa lalu untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Namun begitu,terdapat pelbagai pakej sokongan yang baru sahaja diperkenalkan dan ada juga pakej sokongan yang telah lama diperkenalkan oleh kerajaan atau syarikat masih wujud sehingga kini.

Dan ia antara pakej sokongan yang berterusan sehingga kini, sokongan kewangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang mungkin ramai terlepas pandang dan tidak menyedari kewujudan sokongan ini. Melalui Bank Rakyat, terdapat Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat Malaysia.

Bantuan Yang Diterima
Sebelum ini Bantuan YBR, penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,000

Bantuan Yayasan Bank Rakyat pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah

  1. Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

  2. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.

  3. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

  4. Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.

Syarat Kelayakan Memohon
  1. Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.

  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.

  3. Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.

  4. Pemohon merupakan pelajar semester 1.

  5. Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.


Post a Comment

0 Comments