Bantuan Tunai Rakyat 2023 Cara Mohon Dan Jumlah Bayaran


Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan Januari 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.


Menurutnya, setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.

"Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.


"Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir," katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.


Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.


Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti


Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.


Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.


Pembentangan Bajet BKM 2023 Sebelum ini

Sebelum ini, Menteri Kewangan  Tengku Zafrul Aziz (Zafrul bin Abdul Aziz) sudahpun membentang bajet 2023 dibawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, berikut perkongsian kami.

Bagi keluarga yang mempunyai sehingga empat anak, layak mendapat BKM antara RM1,000 dan RM2,000

Bagi keluarga berpendapatan antara RM2,500 dan RM5,000, bergantung kepada bilangan anak, BKM RM500 hingga RM1,250 disediakan

Di bawah adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini dalam Bajet2023


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak


ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)


iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)


iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500





Rangkuman Fokus Bajet 2023


FOKUS PERTAMA

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  1. Memelihara Kebajikan Rakyat
  2. Mengutamakan Keluarga Malaysia
  3. Membina Kehidupan Kondusif


FOKUS KEDUA

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  1. Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  2. Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  3. Menyokong Industri Tumpuan


FOKUS KETIGA

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:


  1. Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  2. Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  3. Mengungguli Agenda Kelestarian


FOKUS KEEMPAT

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  1. Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  2. Membina Daya Tahan Negara
  3. Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik


Sumber MOF,ecentral


Post a Comment

0 Comments