Bantuan Belia RM200 Seorang, Cara Mohon & Syarat Kelayakan




Bantuan E-Wallet khas RM200 untuk rakyat Malaysia. Dalam bantuan terbaharu untuk rakyat Malaysia, kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing.


Melalui Bajet 2023, kerajaan Malaysia membantu belia dengan melaksanakan bantuan E-Wallet sebanyak RM200, memperuntukkan dana mengikut kategori. Bantuan tersebut diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan kerajaan.


Ini adalah langkah kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat di bawah.


Apa itu bantuan E-Wallet ?

E-Wallet ialah bantuan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia menggunakan E-Wallet untuk membayar. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi E-Wallet.

Bantuan ini dipanggil bantuan e-wallet. Tujuan kerajaan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia berurus niaga melalui e-wallet, yang  mudah dan selamat digunakan.



Berapa kadar bantuan E-Wallet ?

Untuk rujukan anda, kerajaan Malaysia juga sebelum ini telah melancarkan bantuan e-wallet sebanyak RM150 untuk pemohon yang layak. Peruntukan Bajet 2023 terkini menambah baik bantuan E-Pemula dengan meningkatkan jumlah bantuan sebelum ini sebanyak RM150 kepada RM200.

Kerajaan terus memberikan bantuan ini kerana ia adalah untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.


Syarat bantuan E-Wallet ?

Bagi memohon bantuan e-wallet, sila rujuk syarat kelayakan di bawah:

Kumpulan belia 18-20 tahun

Masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Bagi yang berminat untuk memohon, anda boleh rujuk maklumat di bawah dan cara memohon serta menebus kredit dompet.

Cara mohon dan tebus bantuan E-Wallet ?

Pada tahun 2022, pakej bantuan e-wallet ini telah dilancarkan dan telah disambut mesra oleh golongan muda. Pada tahun 2022, RM150 yang diberikan kerajaan sudah cukup untuk ditebus. Dan bagi tahun 2023, dengan mengemukakan bajet tersebut, kerajaan telah menetapkan kadar dan menaikkan kadar bantuan e-wallet sebanyak RM50 dan menjadikan jumlah RM150 kepada RM200 untuk kumpulan belia yang akan membuat penebusan tahun depan.

Pada masa ini, kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pemberian bantuan e-wallet  itu. Mengikut rekod tahun ini, bantuan e-wallet boleh ditebus dalam mana-mana aplikasi e-wallet yang berdaftar dengan kerajaan, antaranya aplikasi e-dompet di Malaysia termasuk:

1. Touch n Go eWallet
2. Boost
3. Grab Pay
4. BigPay
5. Shopeepay


Post a Comment

0 Comments