Isu KWSP hangat diperbahaskan di Parlimen

Isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menjadi bahan hingga mencetuskan suasana 'meriah' di Dewan Rakyat hari ini.


Kali ini usul berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) dengan mengambil kira keadaan semasa dialami rakyat.


Ismail Sabri ketika membahaskan usul Titah Diraja memohon kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan syaratnya ditetapkan kerajaan, namun ucapannya dicelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng yang meminta Shahidan duduk.

Alice: Arau duduk. Tak cukup masa.

Shahidan: Saya nak beritahu masa ucapan harga lantai (getah) dan KWSP, yang sokong kami semua PN. Umno dan DAP tak sokong.

Alice: Sekarang saya jemput Yang Berhormat (YB) Bera untuk gulung.


Shahidan: Tapi jangan tarik. YB suruh berhenti saya berhenti. Dengan DAP tak apa dengan saya jangan buat begitu. Not fair," katanya.

Ismail: Arau terkeliru itu. Sebab waktu Datuk Seri Salim dari Jempol, inilah antara dibangkitkan iaitu harga lantai (getah) RM3.50. Bagaimanapun kita kata masih mempertimbangkan.


Shahidan: Mana ada lagi Umno tepuk meja, kami tepuk. DAP pun tak sokong. YB (Ismail) mendapat sokongan kami.


Ismail: Hari ini, Ahli Parlimen yang masih lagi Naib Presiden Umno bercakap soal ini," katanya.


Terdahulu, Ismail berkata, pengeluaran itu mungkin akan menjejaskan peluang perniagaan KWSP, namun nilainya hanya kecil berbanding keseluruhan aset dimiliki KSWP yang mencecah hampir RM1 trilion.


"Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRPM) bertemu saya. Mereka maklumkan hari ini ramai pekerja terdesak untuk teruskan kehidupan, ada yang baru dapatkan pekerjaan, masih bertatih, ada masih menganggur dan ada antaranya muflis kerana tak mampu bayar hutang.


"Walaupun KWSP simpanan hari tua, apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan muflis dan (ini) keperluan mendesak hari ini.


"Oleh itu, saya bersama PWRPM dan rakan lain termasuk Yang Berhormat (YB) Arau yang saya dengar dalam ucapan tadi membangkitkan isu ini, supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran ini. Saya tak mendesak," katanya.


Post a Comment

0 Comments