RASMI : Khairy Jamaluddin dilantik Lembaga Pengarah JDT

Khairy Jamaluddin hari ini secara sah diumumkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).


Perkara tersebut diumumkan JDT dalam hantaran terbaru di laman rasmi media sosial Johor Southern Tigers. Seluruh keluarga JDT mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Khairy atas perlantikan tersebut.



Untuk makluman, bekas ahli parlimen Rembau itu turut dilantik sebagai Penasihat Belia Johor. Atas pengalaman luas dan kelebihan yang dimiliki Khairy, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya KJ bakal memberi nilai tambah kepada Johor.


“Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin & bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor & sebahagian Lembaga Pengarah JDT.”


“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia & kemajuan bola sepak Johor,” ciap TMJ di Twitter.



Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail sudahpun memberi bayangan bahawa KJ bakal kemudi JDT. Khairy Jamaluddin yang baru sahaja memulakan tugas sebagai DJ di konti radio Hot FM pagi tadi juga sempat mengulas berkaitan perlantikan ini.


Khairy menzahirkan penghargaan kepada TMJ dan JDT atas kepercayaan melantik beliau menyertai sebahagian daripada keluarga JDT.


Post a Comment

0 Comments