Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3


Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.


STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.


Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.


Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.



Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.


Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.



TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Tarikh pembayaran untuk Fasa 3 STR dijangkakan akan dikeditkan mulai JULAI .

Bagaimanapun, mengikut jadual Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan itu akan diagihkan setiap 3 bulan dan pembayaran akan dibuat.

Oleh itu, jika Kerajaan Perpaduan meneruskan mengikut jadual, pembayaran Fasa 3 dijangka  pada APRIL 2023.

Bagaimanapun, kami berharap pembaca bersabar dan menunggu kerajaan mengumumkan secara rasmi bilakah STR Fasa 3 akan dilaksanakan.





Cara Semak Status STR

  1. Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my


Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.


Cara Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

 Pendaftaran MySTR


  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan.
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  4. Pendaftaran berjaya.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.


Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.



Borang rujuk disini - https://www.hariharikerja.com/p/sumbangan-tunai-rahmah-2023-borang.html

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Atau anda boleh layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/



Post a Comment

0 Comments