BPN 2.0 : Geran Khas Prihatin Bantuan RM 3000 kepada peniaga

BPN 2.0 : Geran Khas Prihatin Bantuan RM 3000 kepada peniaga

BPN 2.0 : Geran Khas Prihatin Bantuan RM 3000 kepada peniaga
BPN 2.0 : Geran Khas Prihatin Bantuan RM 3000 kepada peniaga

Kepada golongan peniaga mikro, di bawah pakej PRIHATIN PKS Tambahan, Kerajaan telah menyediakan Geran Khas PRIHATIN atau GKP, khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19. Permohonan untuk GKP yang telah dibuka pada 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 dengan kadar bantuan berjumlah RM3,000 setiap peniaga mikro telah memanfaatkan 545 ribu peniaga kecil seluruh negara. Untuk tujuan ini, Kerajaan membuat penyaluran sebanyak RM1.63 bilion.

26. Semasa turun ke padang dan bergaul dengan usahawan di peringkat akar umbi, saya menerima rungutan bahawa ada yang tidak menerima bantuan tersebut kerana tidak sempat untuk membuat permohonan. Terdapat juga peniaga yang tidak memenuhi syarat terdaftar sebelum 1 Januari 2020.

27. Untuk memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi masih belum berkesempatan untuk mendapatkan GKP, Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020. Mengambil kira maklumbalas yang diterima, GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

28. Pembukaan semula inisiatif GKP untuk permohonan baharu dijangka dapat memanfaat lebih daripada 200,000 peniaga mikro dengan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM 600 juta.

Baca Juga :- 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *