BPN 2.0 : Bantuan Prihatin Nasional untuk Isi Rumah & Bujang – CARA MEMOHON / PERMOHONAN BAHARU

BPN 2.0 : Bantuan Prihatin Nasional untuk Isi Rumah & Bujang

BPN 2.0 : Bantuan Prihatin Nasional untuk Isi Rumah & Bujang
BPN 2.0 : Bantuan Prihatin Nasional untuk Isi Rumah & Bujang

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

  • Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
  • Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga.

Teks Penuh ucapan PM pada 23 September & Senarai Bantuan  :- Teks Penuh Ucapan YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN – 23 September 2020

Rujuk sini – https://bpn.hasil.gov.my/

Perutusan Khas
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *