BPR : Cara Mohon Rayuan BPR & Tarikh Bayaran BPR Pada Bulan Ogos 2021

Bagi tahun 2021, Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan setakat ini, RM4.6 billion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021. Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September 2021.

Walau bagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Seperti diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021, Kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

 

Kaedah Permohonan Rayuan BPR
Secara dalam talianMelalui Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 Secara ManualCawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada SOP semasa Kaunter Perkhidmatan Kerajaan)

Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3). Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat. Bagi tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya. Ringkasan jumlah dan tarikh bayaran adalah seperti berikut:

 

BPR 2021Tarikh BayaranJumlah
Fasa 1Feb/Mac 2021RM1.9 bilion
Fasa 2Mei 2021RM2.7 bilion

Fasa Tambahan
– bagi penerima BPR sedia ada (PEMERKASA+)

Akhir Jun 2021RM2.1 bilion
(tambahan)
Fasa Tambahan
– bagi perayu (tambahan) yang diluluskan (PEMERKASA+)
Ogos 2021
Fasa 3Sep 2021RM2.4 bilion
JUMLAH BESAR RM9.1 bilion
KATEGORI LAYAK MEMBUAT RAYUAN

  1. Terdapat hanya dua kategori pemohon yang boleh membuat rayuan BPR iaitu:
  2. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
  3. Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.


CARA BUAT RAYUAN BPR FASA 2

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

Secara online :

  1. Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Anda harus mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.



CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021 YANG TELAH DIHANTAR

  1. Semakan semula Permohonan Rayuan BPR 2021 yang telah dihantar boleh dibuat di Portal Rasmi BPR LHDNM,
  2. Masuk ke https://bpr.hasil.gov.my
  3. Tekan Menu MyBPR > Maklumat Rayuan
  4. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan


TARIKH PEMBAYARAN RAYUAN BPR FASA 2
Pemohon yang berjaya dalam permohonan rayuan BPR akan menerima pembayaran BPR Tambahan dan BPR Fasa 3 pada Ogos 2021.

KOD ALASAN TIDAK LULUS & DOKUMEN SOKONGAN

Bagi pemohon yang gagal untuk mendapat BPR tetapi ingin membuat rayuan, anda perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus. Anda perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dengan kod tidak lulus untuk anda muat naik jika mohon secara online ataupun bawa ke pejabat LHDN jika anda membuat temujanji rayuan BPR.


KODAlasan kepada KOD tidak lulusDokumen Sokongan yang harus disedikan
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status KewarganegaraanMyKAD
Pemohon
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)-MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN)
-MyKAD/MyKID Anak; dan
– Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahanDokumen
Pengenalan Pasangan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori
Bujang
– Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
– Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat
kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar
Sepenuh Masa
Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi
tahun 2020/2021
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensiTidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
11Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau
– Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai
perniagaan yang sama.
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti TerhadSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti TerhadSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/PerkongsianSemakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
2021.
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)– Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi
golongan berpendapatan rendah (B40)
– Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau
– Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
18Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar
di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi
yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan
Malaysia
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian– Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau
– Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau
– Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon.
20Semakan mendapati anak pemohon/pasangan
mempunyai pendapatan yang tinggi
Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan
tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa.
21Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)

22Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lainSijil Lahir
Pemohon
23Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)

24Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lainStatus Kahwin

– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda

– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan)

25Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lainSijil Lahir Pasangan
26Anak telah membuat permohonan lainAnak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
27Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lainAnak berkenaan tidak layak dipertimbangkan
29Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan-MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
30Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap-MyKAD Pemohon; dan
– MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
31Status perkahwinan perlu pengesahan– MyKAD Pemohon; dan
– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan– Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan
Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
– Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak
dalam permohonan)
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil
Kematian Pasangan
– Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh
JPN; dan
– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
dalam permohonan); atau
– Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat
pasangan yang meninggal dunia)
35Anak meninggal duniaAnak berkenan tidak layak dipertimbangkan
36Pemohon/pasangan penerima GKPTidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
37Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaanDokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan-Slip gaji Mac/April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan.
39Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
termasuk perniagaan
Pengesahan pendapatan

– Slip gaji Mac / April 2021; atau
– Akuan pengesahan pendapatan

Pengesahan pemilikan perniagaan

– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga
28 Februari 2021




Post a Comment

0 Comments