Cara Tebus Diskaun Saman 50% Mulai 18 Jun Sehingga 18 Julai


Kepada orang ramai yang mempunyai saman anda boleh mendapat pengurangan sebanyak 50% dari nilai saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi ataupun portal MyBayar Saman.

Semua Pembayaran di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah ditutup ini bagi mengelak penularan wabak covid-19, oleh itu anda diharuskan membayar secara online.

Penguran sebanyak 50% ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.

Tarikh Permohonan Diskaun

Permohonan diskaun kompaun sehingga 50% bagi saman individu & syarikat mulai 18 Jun Sehingga 18 Julai 2021 menerusi portal atau aplikasi MyBayar Saman


Saman Tidak LayaK Diskaun 50%

  1. Saman Tidak Patuhi Lampu Merah 2021
  2. Saman Lorong Kecemasan 2021
  3. Saman Potong Secara Merbahaya 2021
  4. Saman Potong di Garisan Berkembar 2021
  5. Saman Kemalangan 2021
  6. Saman Dalam Perbicaraan
  7. Saman Tidak Boleh Kompaun
  8. Saman Berkaitan Lori
  9. Saman Berkaitan Ekzos

Cara Pembayaran 

Pembayaran secara online 

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Pembayaran Secara Aplikasi 

  1. Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  6. Butiran dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  8. Pilih saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod bayaran.
  10. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  11. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.





Post a Comment

0 Comments