KWSP : Cara Daftar i-Akaun untuk Semak Baki Akaun 1 & 2 dan Kelayakan Pengeluaran ( Daftar Secara Online & Email )

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.


Pastikan anda ada i-Akaun untuk menyemak Baki dan kelayakan pengeluaran bagi akaun 1 & 2 


Berikut adalah cara Daftar i-Akaun KWSP,Ikuti perkongsian seperti di bawah.

Syarat pendaftaran

Untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah


Kemaskini nombor telefon sebelum daftar i-Akaun

  1. Nombor telefon anda mestilah yang masih aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon ini.

Jika mahu kemaskini nombor telefon sahaja, boleh rujuk cara kemaskini no telefon KWSP secara online.


Syarat untuk kemaskini nombor telefon adalah seperti berikut:

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Nombor telefon yang ingin dikemaskini, mesti mempunyai nama yang sama dengan ahli KWSP
  3. Hanya untuk ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah sahaja


Kod TAC yang akan dihantar ke nombor telefon ini adalah untuk:

  1. Lupa ID Pengguna
  2. Lupa Kata Laluan


Cara daftar dan kemaskini nombor telefon

  1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
  2. Pergi ke mana-mna kiosk KWSP; ATAU
  3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
  4. Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Cara daftar i-Akaun KWSP melalui email

Ikuti panduan seperti di bawah ini menggunakan email.


  1. Layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
  3. Secara automatik, borang akan dimuat turun.
  4. Jika tidak, klik sini untuk muat turun borang
  5. Lengkapkan dokumen PERMOHONAN PENDAFTARA i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
  6. Sila rujuk PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL

Baca Juga : CARA MOHON PENGELUARAN I-CITRA RM5,000 KLIK SINI

Setelah siap mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila scan dan sertakan dokumen sokongan seperti:

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  2. Gambar selfie dengan kad pengenalan
  3. Bukti pemilikan nombor telefon seperti bil bulanan telefon, resit depost dan lain-lain lagi
  4. Jika guna prepaid, ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
  5. Boleh screenshot dengan login mana-mana app seperti Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
  6. Salinan penyata akaun bank yang terkini

Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemailkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my

Jika pengesahan akaun berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS, Ini adalah penting untuk mengaktifkan i-Akaun ahli.Pastikan tukar kata laluan sementara dengan kata laluan baru.



Cara daftar i-Akaun KWSP secara online

Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percumaJika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah

  1. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
  3. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
  4. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
  5. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
  6. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayang1234)
  7. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  8. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangAwak12345)
  9. Pilih Imej Online.
  10. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  12. Ahli boleh terus login ke i-Akaun KWSP

 

Sumber : therohani


Post a Comment

0 Comments