PEMULIH : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah 4.0 Seorang Pekerja RM600

Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan menampung kos itu selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN.

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja

Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, sukacita PM umumkan bahawa di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan

Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000

Memandangkan respon positif berhubung program ini, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja


BILANGAN PEKERJA YANG BOLEH TUNTUT

  1. Majikan boleh tebus sehingga 500 orang pekerja bagi pelaksanaan PSU 4.0.

BAYARAN YANG DITERIMA
  1. Bayaran yang diterima bagi seorang pekerja pelaksanaan PSU 4.0 sebanyak RM600 bagi setiap seorang pekerja

SYARAT KELAYAKAN

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.

CARA MOHON

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

DOKUMEN DIPERLUKAN
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.


Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 4.0, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.


Post a Comment

0 Comments