BKC Fasa 3 Sudah Mula Dikreditkan Hari Ini, Semak Status Anda Segera


Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 berjumlah RM300 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion kepada 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 akan dibuat pada 20 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.


“Semakan status kelulusan BKC, maklumat lanjut dan nilai bantuan yang diterima boleh disemak melalui portal BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan dibawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menerusi maklumat pembayaran BKC Fasa 3, pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang memilikinya manakala mereka yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.


Tambah beliau, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan bantuan yang disediakan itu menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia. -K! ONLINE


Jumlah pembayaran yang akan diterima adalah mengikut kategori masing-masing dan kelayakan anda.

Kelayakan Penerima BKC

Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40


Tarikh Bayaran BKC Fasa 3

Pembayaran BKC fasa 3 akan dikreditkan pada 20 Disember

Info semasa ke semasa join group https://t.me/semakaninfo


Semakan Status Bayaran BKC fasa 3

Anda boleh membuat semakan status BKC fasa 3 dengan melawati laman web https://bkc.hasil.gov.my


Berapakah jumlah bayaran BKC fasa 3?

RM300 mengikut kategori anda masing-masing.


Maklumat lanjut

Anda boleh join group https://t.me/semakaninfo untuk ikuti perkembangan dari masa ke semasa


Post a Comment

0 Comments