BANTUAN STR TAMBAHAN RM1,000


Susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Madani telah memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM1,000 untuk penerima STR.

Program bantuan itu dinamakan Skim Khairat Kematian (SKK) dan dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional(BSN)

Bagaimanapun, bantuan ini hanya boleh dituntut sekiranya penerima STR atau pasangan meninggal dunia.



Apa Itu Skim Khairat Kematian ?

Skim Khairat Kematiann merupakan satu inisiatif yang bertujuan membantu anggota masyarakat yang menghadapi kematian ahli keluarga atau jiran. Program ini disediakan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan pengebumian.

Selain program skim khairat kematian yang ditawarkan oleh kerajaan, kita juga perlu mengetahui sumber lain yang boleh kita tuntut apabila kita meninggal dunia. Antaranya ialah Khairat Kematian ASB, Pencen, Takaful, KWSP, Perkeso, Penjawat Awam (JPA), Masjid dan lain-lain. Dengan memahami hak dan tuntutan kita, kita dapat mempercepatkan proses pengurusan jenazah dan harta pusaka dan mengelakkan sebarang pertikaian atau perselisihan faham antara waris.







Post a Comment

0 Comments