SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 (STR FASA 4)

STR Fasa 4 – Bagi keluarga berpendapatan bawah RM2,500, mereka layak menerima sumbangan tunai sehingga RM2,500, bergantung kepada bilangan anak.


Selain itu, berdasarkan data e-Kasih, kerajaan akan menyediakan bantuan tambahan RM600 STR kepada isi rumah termiskin.


Pembayaran STR fasa pertama dan kedua dikeluarkan dari 17 Januari hingga 5 April 2023, manakala fasa ketiga bermula pada 26 Jun 2023. Kini, kami berbesar hati untuk berkongsi maklumat mengenai tarikh pembayaran STR Fasa 4.


 
TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Tarikh pembayaran untuk Fasa 4 STR dijangkakan akan dikeditkan mulai NOVEMBER .

Bagaimanapun, mengikut jadual Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan itu akan diagihkan setiap 3 bulan dan pembayaran akan dibuat.

Oleh itu, jika Kerajaan Perpaduan meneruskan mengikut jadual, pembayaran Fasa 4 dijangka  pada NOVEMBER 2023.

Bagaimanapun, kami berharap pembaca bersabar dan menunggu kerajaan mengumumkan secara rasmi bilakah STR Fasa 4 akan dilaksanakan.








Cara Semak Status STR

  1. Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my


Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.


Cara Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

 Pendaftaran MySTR


  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan.
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  4. Pendaftaran berjaya.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.


Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.



Borang rujuk disini - https://www.hariharikerja.com/p/sumbangan-tunai-rahmah-2023-borang.html

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Atau anda boleh layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/



Post a Comment

0 Comments