Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bina Rumah

 Maklumat Terkini Mengenai Pengeluaran Membina Rumah Menggunakan Simpanan Anda Di KWSP




Tahukah anda sebenarnya pencarum KWSP boleh menggeluarkan duit anda atas tujun membina rumah. Anda boleh mengeluarkan simpanan anda dari akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Bagai mana nak mohon ? & Apa syarat kelayakan pengeluaran ? ikuti perkongsian kami dibawah.



Syarat Kelayakan Memohon

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)



Syarat Pengeluaran

1.Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri
atau milik suami / isteri;
ATAU
Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli;
ATAU
Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah &
Sarawak);
ATAU
Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk
menentukan status pemilikan tanah


2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui :
 Pinjaman perumahan daripada mana-mana
 institusi seperti berikut :-
  1. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  2. Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan.
  3. Majikan ahli.
  4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya
    Koperasi Malaysia).
  5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan
    oleh Bank Negara Malaysia.
  6. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
  7. Secara tunai.

3.Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan

5. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira dengan syarat tarikh
Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh
perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
 • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 • Mengubahsuai, membaiki atau membuat
 kerja-kerja tambahan kepada rumah
 yang sedia ada
 • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
 • Membeli rumah ketiga
 • Membeli rumah di luar negara
 • Membina rumah bersama individu lain
 yang tiada pertalian suami-isteri



Kaedah Bayaran

 Bayaran Dalam Malaysia
 Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan     dibuat melalui cek jurubank

 Bayaran Luar Malaysia
Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam
borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Dokumen Diperlukan

 Dokumen Utama
1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan
 pemegang Mykad)
3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan
 membawa buku akaun bank / penyata akaun
 bank / salinan akaun semasa membuat
 permohonan pengeluaran)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap
 ibu jari gagal di kaunter/permohonan melalui pos

Dokumen Sokongan

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran
 Membina Rumah di laman web KWSP atau
 pejabat KWSP untuk semua dokumen yang
 diperlukan
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen
 tambahan dan menolak permohonan yang tidak
 lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang
 ditetapkan

Maklumat lanjut 
Untuk Maklumat Lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my ataupun boleh hubungi 
03-89226000


Post a Comment

0 Comments