Permohonan Rumah PPR Online & Borang Diperlukan - Terbuka Buat Golongan Berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
ISI KANDUNGAN
- KATEGORI RUMAH PPR ?
- CIRI-CIRI RUMAH PPR ?
- KEMUDAHAN ASAS RUMAH PPR ?
- SYARAT MOHON RUMAH PPR ?
- CARA MOHON RUMAH PPR ?
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kerajaan Malaysia tidak mahu setiap keluarga tidak mampu memiliki rumah sendiri. Rumah mewah atau mampu milik untuk keluarga Malaysia. Baik yang Kaya mahupun miskin tegar.
Inilah sebabnya kerajaan Malaysia melancarkan skim ppr. Ya, golongan miskin tegar, berpendapatan rendah juga berpeluang mendapatkan rumah mampu milik kepada mereka.
2 Kategori Rumah PPRT
- Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
- Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
- Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
CIRI-CIRI RUMAH PPRT
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
- Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
- Surau/Ruang Solat,
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat Permohonan Rumah PPRT
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Post a Comment
0 Comments