Bantuan Suri Rumah RM480 bagi yang berkelayakan


Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) membenarkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan sambil menerima caruman tambahan daripada kerajaan.


Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM480/setahun ) ke atas caruman anda.


*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.

*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.


Faedah

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 tertakluk amaun pembayaran carumah.
  5. Bantuan Kematian: RM2,500

* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  

Siapa Yang Boleh Memohon ?

Syarat-syarat kelayakan i-Saraan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Orang yang bekerja sendiri
  3. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  4. Ahli KWSP
  5. Berumur 60 tahun ke bawah

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)
Tiada had

Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan - berkuat kuasa Januari 2013)


Cara Mohon i-Saraan
  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)



Post a Comment

0 Comments