TERKINI : Bantuan E-Wallet RM300 Mula Dikreditkan



Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera atau BINGKAS sebagai mengiktiraf peranan penting dalam menguruskan hal ehwal keluarga, pendidikan dan membesarkan anak-anak ekoran pasca pandemik .

Skim tersebut telah mengembangkan dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya bukan sahaja ibu malah seisi keluarga dapat merasai manfaatnya. Bantuan bulanan sebanyak RM300 untuk sehingga 30,000 isi rumah bagi membeli keperluan asas dan peralatan pendidikan.





Syarat Kelayakan Permohonan

Daftar sebagai pemohon BSH/BPR di bawah kategori pendapatan di bawah RM2000, atau disenaraikan sebagai miskin atau sangat miskin dalam pangkalan data eKasih.


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
  3. Pengundi berdaftar Selangor
  4. Keluarga dengan tanggungan 18 tahun ke bawah.
  5. Pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM3,000.
Dokumen Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Kadar Bantuan

Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM300 selama setahun. Ini bermakna jumlah bantuan adalah RM3,600 setahun.


Cara Mohon

Sekiranya anda baru ingin membuat, berikut dalah caranya

  1. Layari pautan: https://bingkasselangor.com/
  2. klik pada daftar permohonan
  3. Masukkan nombor telefon anda (tanpa -)
  4. Bagi penerima KISS , sila klik Kemaskini No Telefon untuk mengemaskini nombor telefon anda.
  5. Ikuti arahan selanjutnya sehingga pendaftaran selesai


Post a Comment

0 Comments