[TERKINI] PM Umum Bantuan E-Tunai Bagi Dewasa Golongan B40 & M40 RM100

Bersempena dengan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa hala tuju ekonomi Malaysia serta bantuan kewangan buat golongan yang terlibat.

Antara yang mendapat perhatian ramai adalah penawaran kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM100,000 ke bawah setahun.

Difahamkan sebanyak 10 juta rakyat merangkumi golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat daripada bantuan terbaru daripada pihak kerajaan ini.


Penawaran kredit yang menelan belanja RM1 bilion ini dilihat sebagai salah satu langkah dalam merancakkan ekonomi sekaligus sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.

Setakat ini masih belum diumumkan secara rasmi, bilakah bantuan e-tunai berjumlah RM100 seorang ini bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak.

sumber : Vocket


Post a Comment

0 Comments