Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu inisiatif di bawah Payung Rahmah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup mereka.

Kerajaan juga akan menyediakan tambahan RM600 bantuan STR kepada isi rumah termiskin, menurut data e-Kasih.

Pembayaran STR Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 telah dikeluarkan pada 17 Januari, 5 April dan 26 Jun 2023.

Kongsi lebih lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 4 di bawah.

PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

LHDN menasihatkan bahawa penerima bayaran Fasa 4 adalah penerima Fasa 1 yang disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan mereka setakat 28 Februari.

Ini bermakna permohonan baharu dan pembaharuan STR yang bukan penerima Fasa 1 dan 2 akan dibayar kepada penerima STR yang layak dalam Fasa 4.


TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran STR fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada November 2023

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat dalam bentuk pertukaran tunai di kaunter Bank Negara (BSN) yang berhampiran.






Cara Semak Status STR

  1. Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my


Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.


Cara Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

 Pendaftaran MySTR


  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan.
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  4. Pendaftaran berjaya.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.


Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.



Borang rujuk disini - https://www.hariharikerja.com/p/sumbangan-tunai-rahmah-2023-borang.html

Maklumat Lanjut

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Atau anda boleh layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Post a Comment

0 Comments