Cadangan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM6,000 sebulan untuk Isi Rumah, Bujang & Warga Emas



Seorang penulis dengan nama Hapus Miskin telah mencadangkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang susah sebanyak RM6,000 sebulan.


Beliau yang menghantar pandangannya kepada Kosmo! dalam ruang ‘Luahan pembaca: Cadang BSH RM6,000 sebulan basmi kemiskinan’ menyatakan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan kerajaan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH).


Tambah beliau lagi, jika STR dimasukkan secara berancur-ansur, manakala BSH pula dimasukkan secara bulanan.

“Apa kata mulakan pada Belanjawan 2024 Oktober ini dengan menggantikan Sumbangan Tunai Rahmah secara beransur-ansur kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bulanan.


“Dicadangkan kepada Anwar supaya isi rumah diberi BSH RM6,000 sebulan, bujang (18 tahun ke atas) RM2,700, warga emas tanpa pasangan RM4,000 dan individu di bawah 18 tahun RM700,” katanya.


Selain meminta kerajaan ‘bank in’ RM6,000 sebulan untuk tampung ‘kemalasan’ beliau, individu terbabit turut meminta kerajaan untuk menyediakan potongan harga jualan rahmah sebanyak 45 peratus ke atas makanan dan minuman serta 50 peratus potongan harga untuk perkhidmatan awam.


Bagaimanapun, cadangan beliau tidak diterima oleh netizen. Kebanyakannya menganggap bahawa dia adalah orang malas yang tidak mahu berusaha. Hanya mahu goyang kaki dan mengharapkan duit bantuan daripada orang sahaja.




Penulis bernama Hapus Miskin ini tidak mewakili orang susah yang ada di Malaysia, tetapi dia mungkin mewakili orang malas yang kerjanya tidur dan mengharapkan rezeki turun dari langit tanpa berusaha.

Minta dijauhkan dari orang yang pemalas macam ni.


Post a Comment

0 Comments