Bayaran 'one-off' sebanyak RM500 kepada pesara, bekas polis bermula Mac

Bayaran 'one-off' sebanyak RM500 kepada pesara, bekas polis bermula Mac

Bayaran 'one-off' sebanyak RM500 kepada pesara, bekas polis bermula Mac



Bayaran sekali bayar (one-off) sebanyak RM500 kepada 80,000 pesara dan bekas polis akan dibuat mulai Mac hingga November ini secara berperingkat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata, kerajaan bersetuju memberi inisiatif pemberian bantuan itu dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lalu.

Menurutnya, Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk membantu dan menyelaras urusan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dan pemberian 'one-off' sebanyak RM500 melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis (BHEPP).



"Kemas kini maklumat pesara dan bekas polis boleh dibuat melalui pautan  http://epesara@rmp.gov.my.

"Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), PDRM bersetuju dengan pemberian RM500 ini diberi kepada mereka yang layak mengikut statut PJPN termasuk mereka yang belum menerima pingat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti mana yang disyaratkan di dalam Surat Perkeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018.

"Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai akan membantu dalam memudahkan urusan kemas kini maklumat dan pengesahan dokumen bagi memudahkan pesara, bekas dan petugas polis di kontinjen dan daerah masing-masing.

"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 'hotline', 03 - 22664011/4012/4013/4014/4015, manakala Bilik Gerakan e-Pesara PDRM beroperasi pada 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja," katanya.

Sumber :BeritaHarian


Post a Comment

0 Comments