INFO TERUS KE EMAIL ANDA

SAHKAN EMAIL ANDA SELEPAS DAFTAR hariharikerja.com

Hebahan Tarikh Lapor Diri Inspektor Polis Gred Y13 & Konstable Polis Gred YA1

Semua calon Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki / Wanita) yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarah melapor diri pada September 2021 diminta untuk melapor diri pada tarikh baharu pada 17 Oktober 2021 di PULAPOL Kuala Lumpur serta membawa bersama surat tawaran pelantikan yang telah diterima sebelum ini.

Semua calon Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarahkan melapor diri pada September 2021 diminta untuk melapor diri pada tarikh baharu pada 17 Oktober 2021, 24 Oktober 2021 dan 7 November 2021 di pusat latihan yang telah ditetapkan serta membawa bersama surat tawaran pelantikan yang telah diterima sebelum ini.
Semua calon DIWAJIBKAN untuk melengkapkan Dua Dos Vaksin sebelum tarikh Lapor Diri.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan kelengkapan diri seperti di dalam lampiran Surat pelantikan jawatan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.



Post a Comment

0 Comments