Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Bank - Berguna waktu kecemasan !



Mesti kita pernah tinggal kad ataupun tiba-tiba kita rosak tak dapat keluarkan duit waktu kita perlu, ini jalan penyelesaiannya.


Anda boleh keluarkan duit kat ATM tanpa menggunakan KAD BANK anda, Bagaimana ? Ikuti perkongsian kami.

ATM Maybank ada satu salah satu fungi yang menari iaitu keluarkan duit dari mesian ATM tanpa menggunakan, sekiranya anda tertinggal kad bank anda masih boleh keluarkan duit anda. Paling penting kena ada smartphone & ATM Maybank . 
Ikuti perkongsian kami dibawah.


1) Masuk aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah klik “Mobile”. Kemudian pilih option “Cardless ATM Withdraw”

2) Pilih akaun mana yang nak dikeluarkan duit.

3) Masukkan “No Telefon” yang korang nak bagi keluar kan.

– Boleh beri pada anak kalau mereka nak cash

– Boleh juga beri pada isteri kalau dia nak shopping.

– Yang penting ada mesin ATM MAYBANK dekat mereka.

– Macam kes ni, masuk kan no telefon sendiri.



4) Pilih jumlah yang nak keluar.  Ada option RM100, RM200 & RM300 saja.



5) Lepas itu akan keluar summary. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”.


6) Okay, sekarang dah Settle part di “App Maybank2u”. Nanti Maybank akan hantar SMS pada no. telefon yang kita letak tadi.


7) Nanti penerima akan dapat “16 Atau 17 Digit” no transaksi dari SMS Maybank.

8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa, kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”.

– Nanti terus tengok SMS, masukkan “16 Atau 17 digit” no transaksi.

– Kemudian tekan “Ya”.

– Nanti Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.

9) Tengok 6 Digit Pin pada SMS, masuk kan no pin tersebut di ATM dan tekan “Ya”.



10) Tahniah, dah berjaya keluarkan duit tanpa kad.


Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.



Sumber: Azlan Salim, vanillakismis


Post a Comment

0 Comments