GKP : Ramai Permohonan Rayuan / Permohonan Baru GKP Telah Lulus ~ SEMAK DI SINI !

GKP : Ramai Permohonan Rayuan / Permohonan Baru GKP Telah Lulus ~  SEMAK DI SINI !

GKP : Ramai Permohonan Rayuan / Permohonan Baru GKP Telah Lulus ~  SEMAK DI SINI !



Mulai jam 9.00 pagi tanggal 1 Mei 2020, pemilik syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro boleh mula membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) secara atas talian. Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Geran Khas Prihatin, ia merupakan bantuan yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada kumpulan PKS mikro yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung virus Covid-19 ini dari terus menular.

Seramai 700,000 pemilik PKS akan menerima bantuan Geran Khas Prihatin ini. Tujuan geran ini diberikan adalah untuk membantu para pemilik PKS yang terkesan dengan situasi yang melanda negara hari ini, di mana urusniaga perniagaan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Ini telah menyebabkan pemilik PKS berhadapan dengan masalah kewangan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Bantuan geran berjumlah RM 3000 akan diberikan kepada pemilik PKS yang layak dan pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank. Bagi yang belum tahu cara untuk memohon, berikut disertakan panduan serta langkah – langkah untuk membuat permohonan baharu. Pastikan anda memenuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. Pembayaran GKP ini akan dibuat seawal bulan Jun 2020 kepada pemohon yang layak.

Syarat – Syarat dan Kriteria Permohonan 

Pemilik PKS yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi kriteria berikut sebelum membuat permohonan.

  • Pemilik mestilah berwarganegara Malaysia
  • Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang dijalankan perlu memenuhi kriteria berikut:
  1. Jumlah pendapatan tahunan mestilah tidak melebihi RM 300,000  
  2. Jumlah pekerja kurang dari 5 orang dan tidak termasuk pemilik
  • Telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
  • Perniagaan masih dijalankan dan kekal aktif semasa permohonan dibuat
  • Setiap permohonan perlu menjalani semakan silang data yang dilakukan bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Cara Membuat Permohonan Baharu

  • Permohonan perlu dibuat melalui laman web rasmi di https://gkp.hasil.gov.my/
  • Klik ikon Geran Khas Prihatin (GKP)
  • Isi nombor kad pengenalan atau MyKad dan klik Permohonan Baharu
  • Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dalam borang permohonan dengan lengkap termasuklah maklumat perniagaan
  • Klik Teruskan untuk ke proses seterusnya
  • Isi kod Captcha yang tertera dan klik Sahkan Captcha
  • Tandakan pada Akuan Pengesahan sekiranya bersetuju dengan syarat – syarat yang ditetapkan dan klik Hantar
  • Permohonan anda telah selesai
  • Seterusnya anda perlu mendaftar akaun GKP bagi memudahkan membuat semakan dengan hanya log masuk ke akaun yang didaftarkan
  • Anda akan dibawa ke skrin seterusnya iaitu pendaftaran akaun GKP
  • Anda perlu mendaftar Frasa Keselamatan terlebih dahulu dengan memilih lima soalan keselamatan beserta jawapan  
  • Klik Teruskan sekiranya anda telah selesai mendaftar Frasa Keselamatan
  • Daftar kata laluan bagi tujuan Log Masuk dan klik Hantar
  • Buat pengesahan Kata Laluan sekali lagi
  • Pendaftaran akaun GKP telah selesai

Cara Semak Status Permohonan Anda 



2.Klik bahagian " Log Masuk" 

3.Masukkan ID Pengguna anda & Kata Laluan anda

4. Anda akan dibawa ke bahagian seperti dibawah ini untuk menyemak status permohonan anda 



SELAMAT MENCUBA !
SHARE KEPADA YANG MEMERLUKAN


Post a Comment

0 Comments