[TERKINI] Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Kelulusan Automatik Untuk Pemohon

[TERKINI] Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Kelulusan Automatik Untuk Pemohon



Pelaksanaan i Sinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan anda akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Ia berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Astro Awani.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pelaksanaan i Sinar Tanpa Syarat.

Perincian Pengeluaran i Sinar Tanpa Syarat

Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Di bawah ini adalah perincian pengaluaran i-Sinar tanpa syarat untuk makluman anda

  • Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
  • Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.







Maklumat Lanjut

Tengku Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Perkara lanjut berhubung permohonan i-Sinar tanpa syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Sumber : ecentral.my , astroawani.com , KWSP


Post a Comment

0 Comments