INFO TERUS KE EMAIL ANDA

SAHKAN EMAIL ANDA SELEPAS DAFTAR hariharikerja.com

WTD : Langkah-langkah untuk Semak & Tuntut duit anda

Hari Hari Kerja ! akan menerangkan cara lebih mudah untuk menyemak dan cara untuk menuntut wang tersebut.

Individu dan syarikat boleh membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

CARA BUAT SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut: 

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. 

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak  maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.

Maklumat WTD yang terdapat dalam portal eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD yang lengkap yang diserahkan oleh syarikat/firma kepada Pendaftar WTD.

Semakan WTD boleh dilakukan sendiri di kaunter Pejabat Pendaftar WTD atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan, ataupun dengan membuat semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.


CARA BUAT TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE

Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada ruangan  “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk  membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih Teruskan Dengan Permohonan

Langkah 4 : Klik pada Tambah Penerima untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian Simpan.

Langkah 5 : Tandakan Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Langkah 6 : Rujuk dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan untuk penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan.

Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DITERIMA.

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.


Pemohon boleh hadir kan diri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat/firma yang dapat membuktikan keempunyaan WTD tersebut.


Sila rujuk alamat Pejabat Pendaftar WTD dan senarai alamat JANM Negeri/Cawangan di laman sesawang www.anm.gov.my. Pemohon juga boleh membuat semakan di syarikat/firma yang menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(Accountant General’s Department of Malaysia)
BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62594 PUTRAJAYA

T: 03-8000 8700
T: 03-8000 8701
T: 03-8000 8702

F: 03-8000 8613 (OPERASI/OPERATION)
F: 03-8000 8611 (PEMATUHAN/COMPLIANCE)

Sumber : Jabatan Akauntan Negara,Gengborak

Post a comment

0 Comments