INFO TERUS KE EMAIL ANDA

SAHKAN EMAIL ANDA SELEPAS DAFTAR hariharikerja.com

Memiliki Rumah Dengan Hanya Gaji RM 1,000 & Tanpa Slip Gaji Tahun 2021


Tahukah anda walaupun anda hanya bergaji RM 1,000 sebulan tetapi anda mampu memiliki rumah sendiri dengan SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN ( SJKP ).

Team Hari Hari Kerja ! akan berkongsi dengan anda info yang lebih menarik bagi individu yang tidak berpendapatan tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain masih mampu memiliki rumah merekan dengan harga RM300 Ribu ke bawah.

SIAPA SJKP ?

Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan. SJKP Berhad ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.

SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi hariannya.


SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

CARA MOHON
  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  5. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau "klik di sini".

TERMA & SYARAT PEMBIAYAAN 

  1. Jumlah Pembiayaan Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  2. Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  3. Tempoh :  Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  4. Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  5. MRTA / MRTT : Wajib
  6. Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

ANTARA INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT 



MAKLUMA LEBIH LANJUT 

untuk meklumat lebih lanjut anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah atau layari  https://www.sjkp.com.my/

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my 

Post a comment

0 Comments