PEMERKASA : Bantuan RM300 Untuk Beli Telefon Pintar, Semak Kelayakan dan Cara Mohon
Tahukah anda, Pada pembentangan PEMERKASA pada Mac lalu, pelbagai insentif daripada pelbagai sektor yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Insentif yang menarik adalah menerima bantuan sebanyak RM300 buat pelajar untuk membeli telefon pintar agar dapat menggunakannya untuk belajar secara online dan lain-lain.
Selain itu, terdapat juga bantuan e-wallet sebanyak RM150 dan bantuan RM1,000 buat golongan B40 & Penerima BPR
BANTUAN RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR
Perdana Menteri berkata, bantuan yang telah disediakan adalah untuk merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong kuat pendigitalan negara.
Kita sedia maklum bahawa pada pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Menteri Kewangan menyatakan bahawa subsidi pembelian telefon pintar adalah RM 180 seorang.
Kini ia telahpun dinaikkan sebanyak RM300 bagi setiap seorang pelajar.
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN RM300
Berikut adalah syarat-syarat untuk mohon bantuan tersebut :-
- Isi rumah haruslah mempunyai anak yang masih bersekolah
- Semua Golongan B40 & Penerima BPR adalah layak untuk memohon
CARA UNTUK MEMOHON
Buat masa ini, belum ada lagi kenyataan rasmi ataupun panduan rasmi yang diumumkan cara untuk memohon bantuan tersebut.
Dari masa ke semasa kami akan update buat anda, oleh itu anda haruslah mengikuti setiap masa perkembangan daripada kami.
Post a Comment
0 Comments