Permohonan PISMP IPG Lepasan SPM 2021

Permohonan PISMP IPG Lepasan SPM 2021



Permohonan PISMP IPG Lepasan SPM 2021, bagi pelajar lepasan SPM 2018, 2019, 2020 ada berita gembira buat anda yang ingin menjadi seorang guru. Anda boleh menggunakan Sijil SPM untuk mohon menjadi guru.


TARIKH MOHON

Tarikh buka :- 15 MAC 2021
Tarikh tutup :- 15 APRIL 2021


CARA MEMOHON 

-Bagi sesiapa yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online)  dengan cara melayari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. 

- Selepas itu, permohonan anda akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM, bagi pemohon yang terpilih haruslah menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum dipanggil untuk temuduga.

-Pemohon haruslah peka kunjungi laman web rasmi KPM untuk mengetahui Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temuduga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti.

-Pemohon boleh mengemukakan SATU(1) permohonan dan pemohon boleh mengemaskini sehingga tarikh permohonan ditutup 15 APRIL 2021.

-Pemohon haruslah sahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Setelah mengesahkan anda akan dapat nombor rujukan.

-Anda harus simpan nombor rujukan tersebut untuk semakan masa akan datang.

-Pastikan anda isi maklumat dengan lengkap.


SYARAT - SYARAT MOHON

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan

Syarat umum :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Syarat Asas Akademik :

1.Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) matapelajaran di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut iaitu :

  1. Bahasa Melayu , dan Sejarah
  2. Harus lulus Bahasa Inggeris.
  3. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Anda tidak layak memohon sekiranya anda :

  1. Sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
  2. Dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semsa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG 2021, sila hubungi alamat atau no. telefon beriku :

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawa 1
63000 Cyberjaya, selangor.
No, Telefon : 03-8312 6666 / 03- 8312670.

SOALAN LAZIM

Apa itu Program PISMP IPG ?

Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di lokasi IPG Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ANTARA SALAH SATU SYARAT KELAYAKAN IPG

  1. Sihat tubuh badan
  2. warganegara
  3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

sumber : KPM,portalsemakan


Post a Comment

0 Comments