SOP OPERASI BAZAR RAMADAN & AIDILFITRI BAGI KAWASAN - PKPB & PKPP

 SOP OPERASI BAZAR RAMADAN & AIDILFITRI BAGI KAWASAN - PKPB & PKPP




Waktu Beroperasi  & Konsep Jualan 

Bazar Ramadan 
3.00 Petang - 8.00 Malam 
(Makanan & Minuman Sahaja)

Bazar Aidilfitri
10.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam 
(Barang Kering Sahaja)




Kawalan Kemasukkan Pengunjung 

1.Kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakkan fizikal 1 meter.
2.Tempat beratur dengan jarak 1 meter ditanda.
3.Peniaga dan pengunjung  diwajibkan memakai pelitup muka  dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di bazar.
4.Hand Sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan menggunakannya sebelum masuk .
5.Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR CODE MYSEJAHTERA dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan sekiranya tiada liputan internet.
6.Pelanggan diwajibkan checkin menggunakan MYSEJAHTERA ATAU MENULIS SECARA MANUAL.
7.Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius adalah TIDAK DIBENARKAN MASUK.


Etika Pemakaian 

1.Memakai Pas Khas yang dibekal oleh Penganjur 
2.Diwajibkan memakai pelitup muka .
3.Digalakkan memakai face shield.
4.Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik 
5.Diwajibkan memakai apron pakai buang plastik 


Kawalan Keselamatan, Lalulintas & Pembersihan 

Tindakan Penganjur 
1.Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur , tanda jarak dan tunjuk arah 
2.Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan  
3.Memastikan pematuhan kawalan peniaga dan pengunjung  
4.Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara [MKN]


Tindakan DBKL/PBT
  • Menentukan kedudukan lokasi tapak Bazar Ramadan / Aidilfitri  
  • Memantau pematuhan SOP MKN & Kesihatan Makanan secara berterusan
  • Menutup gerai berkaitan / Bazar jika GAGAL PATUHI SOP



 


Post a Comment

0 Comments