Cara Membuat Rayuan BPR Fasa 2 Secara Online , Kaunter & Email

BPR Fasa 2 Sudah pun beberapa individu / keluarga yang menerimanya secara berperingkat, tetapi terdapat penerima yang LULUS BPR Fasa 1 tetapi tidak lulus BPR Fasa 2

Penerima boleh membuat rayuan pada 15-30 Jun 2021 

Team HariHariKerja ! akan mengajar anda langkah-langkah membuat permohonan rayuan BPR Fasa 2.
CARA MEMBUAT RAYUAN BPR FASA 2 SECARA ONLINE

Berikut langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke portal MyBPR
  10. Klik butang Semakan Status
  11. Sila pastikan status anda adalah TIDAK LULUS
  12. Jika benar memang status tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya
  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  15. Kami sarankan anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang
  16. Jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula


CARA MEMBUAT RAYUAN BPR FASA 2 DIKAUNTER

Sebelum ini, semasa proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.

Mereka hanya perlu isi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan menyertakan dokumen seperti berikut:
  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Surat rayuan
  3. Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan

Untuk rayuan BPR, masih belum dapat dipastikan samada dibenarkan untuk merayu di kaunter LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.


CARA BUAT RAYUAN BPR FASA 2 SECARA EMAIL

Sebelum ini juga, sesiapa yang ingin merayu bantuan BPN 1.0 dan BPN 2.0 boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke rayuanbpn@hasil.gov.my

Sumber :therohani


Post a Comment

0 Comments