ISU SEMASA
Daftar & Tempah Vaksin AstraZeneca Buat Warga Emas Mulai 23 Mei 2021
Pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca secara sukarela akan dibuka bermula 23 Mei ini
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan membabitkan 1.1 juta dos vaksin itu dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Selain itu, katanya, tempahan itu juga akan diberikan kepada kira-kira 25,000 individu yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 2 Mei lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan membabitkan 1.1 juta dos vaksin itu dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Selain itu, katanya, tempahan itu juga akan diberikan kepada kira-kira 25,000 individu yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 2 Mei lalu.
VAKSIN ASTRAZENECA
Vaksin AstraZeneca dikatakan Selamat untuk warga emas ini kerana vaksin tersebut telah dikaji dan di buat oleh University Oxford
Kerajaan juga menyatakan bagi penerima vaksin AstraZeneca yang sudah disuntik dan mengalami sebarang kesan sampingan akan dilindungi insuran
SIAPA YANG LAYAK VAKSIN ASTRAZENECA ?
- Golongan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas
- Yang mempunyai komorbiditi

SIAPA YANG TIDAK LAYAK VAKSIN ?
- Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
- Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
- Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
- Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
- Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
- Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
- Layari laman web http://vaksincovid.gov.my pada 23 Mei 2021.
- Klik pada banner ‘Tempahan AstraZeneca.’
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Tentukan tarikh temu janji dan tempat vaksinisasi yang diinginkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tempahan vaksin ini, sila hantar emel ke alamat info@vaksincovid.gov.my.
Post a Comment
0 Comments