Permohonan GKP 4.0 Sudah Dibuka, Semak Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini,
"Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro termasuk pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatandapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.
"Apa yang penting kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.
Muhyiddin berkata, pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau 'business survival' dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.
"Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.
"Terkini di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak
sudah mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1,000 kira-kira dua minggu lalu dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan Julai nanti," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, bantuan itu termasuk dalam fokus kedua dalam pakej PEMULIH ialah menyokong perniagaan.
Ini kerana, katanya, kerajaan sedar dalam Fasa Pertama dan Kedua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
"Oleh itu, kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua-dua fasa ini.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, melalui fokus kedua ini, beberapa tambahan akan ditambah baik antaranya kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan bantuan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan pencarian insentif penggajian.
- Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
- Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
- Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
- Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
- Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
- Jangan masukkan sempang (-)
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 990101-01-5465, masukkan 990101015465
- Tekan butang Semak
- Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
- Tekan butang Cari
- Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
- Masukkan Captcha seperti yang terpapar
- Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
- Tekan butang Semak
- Tekan butang Permohonan Baharu
- Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0
- Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 4.0 seperti:
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Entiti Perniagaan
- Pengesahan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
- Nama Pemohon
- Nombor MyKad
- Jantina
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Surat Menyurat
- Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Status Perkahwinan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
- Jenis Perniagaan
- Nombor Cukai Pendapatan
- Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
- Nombor Pendaftaran Syarikat
- Tarikh Mula Beroperasi
- Nombor Lesen Perniagaan
- Alamat Premis Perniagaan
- Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
- Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
- Tekan butang Sahkan Captcha
- Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
- Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
- Klik butang Hantar
- Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan
Post a Comment
0 Comments