PEMULIH : Cara Mohon i-Citra KWSP Sebanyak RM5,000 & Syarat i-Citra
Baru sahaja tadi PM membuat pengunguman bantuan salah satunya adalah i-Citra KWSP pengeluaran bulanan RM 1,000 setiap bulan sehingga RM 5,000 dibenarkan oleh KWSP bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi bencana pandemik ini. Pengeluaran iCitra KWSP ini boleh dibuat bermula 15 Julai 2021.
Menerusi program i-Citra ini, lebih 13 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.
Cara Mohon i-Citra
Anda boleh buat permohonan online di icitra.kwsp.gov.my bermula pertengahan julai ini.
Bayaran akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2021.
Pengeluaran i-Citra
Ahli boleh keluarkan sehingga RM5,000
Dengan kadar bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan.
Syarat i-Citra
Permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit.
Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Post a Comment
0 Comments