SENARAI BANTUAN PKP 3.0


Perdana Menteri pada telah mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 ataupun PEMERKASA PLUS dengan tiga matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, sebanyak 40 Billion Ringgit peruntukkan yang akan diberikan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban oleh masyarakat dan sektor-sektor ekonomi yang terjejas.


Berikut Senarai Bantuan Khas PKP 3.0 :
  1. RM1 bilion diperuntukan bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam
  2. Lanjutan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga 2022
  3. Kerajaan lantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak
  4. Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dilancarkan minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion
  5. Kerajaan setuju lanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja.
  6.  Dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.
  7. Kadar Geran Khas Prihatin ditambah RM500 ringgit kepada RM1,500 ringgit
  8. Pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
  9. Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan terima BPR sebanyak RM500.
  10. BPR bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501- RM5,000 terima BPR sebanyak RM300
  11. BPR Bujang terima RM100
  12. Moratorium diberi dua pilihan sama ada kelulusan secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.
  13. Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 billion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.
  14. Pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%. 
  15. BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak 2 bilion ringgit. Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5% yang masih tersedia adalah sebanyak 7 bilion ringgit.
  16.  Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022 serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
  17. Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga bersetuju untuk memperkenalkan semula pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun. SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian. 
  18. Kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas. Sehubungan itu, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
  19. Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa. Selain itu, pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.
  20. Semasa pembentangan pakej PENJANA pada Jun 2020, Kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini, 31 Mei. Sukacita diumumkan Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC tersebut sehingga 31 Disember 2021.
  21. Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import yang sebelum ini diumumkan di bawah inisiatif PENJANA mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.




















Bantuan PEMERKASA+

Yang menarik bantuan PEMERKASA+ adalah BPR tambahan seperti berikut:

Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500

Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000

Tambahan RM100 : Bujang

SEMAK BPR TAMBAHAN DAN TARIKH PEMBAYARAN KLIK SINI



Post a Comment

0 Comments